Skip to main content

Memahami Punca dan Sebab Krisis di Mesir


Rusuhan di Mesir berlanjutan lebih seminggu. Kita berasa bimbang keselamatan warga Malaysia di sana kerana banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa dilaporkan. Sehingga kini tunjuk perasaan bukan saja berlaku di Mesir tetapi menular ke Kedutaan Mesir di London dan Amerika Syarikat.

Semalam, sekurang-kurangnya satu juta penduduk berhimpun di serata Mesir yang terdiri daripada pelajar, doktor dan penganggur dalam tunjuk perasaan paling besar bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Pada hari Jumaat yang lalu pula, 28 Januari 2011, satu rusuhan besar-besaran telah berlangsung di Mesir di mana melibatkan ribuan rakyat Mesir memprotes rejim Presiden Mubarak. Namun protes semalam (Selasa) dikatakan paling besar.


Sebelum itu, beberapa siri protes dan demonstrasi telah berlangsung sejak dari 25 Januari lagi. Rusushan ini bermula beberapa minggu selepas peristiwa 'Kebangkitan Tunisia' di Tunisia, malah ketika rusuhan  di Mesir berlangsung, beberapa golongan perusuh mengibarkan bendera Tunisia sebagai simbol pengaruh protes tersebut.


Rakyat Mahu Mubarak Berundur

Rakyat yang merusuh tidak mengendahkan tindakan Presiden Hosni Mubarak (yang memerintah 30 tahun) membuat sedikit perubahan dalam pemerintahan dengan melantik Naib Presiden dan Perdana Menteri baru. Ini kerana rakyat sudah tidak mahukan itu. Apa yang rakyat mahukan ialah perubahan yang lebih besar.

Rakyat Mesir menuntut perubahan pimpinan atau pertukaran regim pemerintah. Apa yang berlaku ini khususnya, adalah natijah daripada rasa tidak puas hati rakyat negara berkenaan terhadap pemimpinnya.

Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, rasuah dalam pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya. Selain itu isu seperti pengangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan.

Namun begitu, isu pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak yang dipanggil Rrejim Mubarak dikatakan sebagai punca sebenar 30 tahun korupsi pemerintahan Mesir.


Evolusi vs. Revolusi

 Keadaan di Mesir ini digambarkan sebagai satu ‘revolusi’ walaupun ada yang menganggap ia hanyalah rusuhan yang membabitkan kehilangan nyawa.

Ia digambarkan sebagai revolusi kerana sifatnya yang menggunakan tekanan dan mahukan perubahan besar. Ia mungkin berbeza dengan apa yang dinamakan evolusi, yang lebih bersifat beransur-ansur dan mengikut peringkat yang dirancang secara lebih bersistematik.

Secara umum, perkara seperti ini bukan perkara baru di serata dunia. Terdahulu, kita sering merujuk kepada revolusi seperti revolusi Perancis, Nazi dan komunis. Tujuan revolusi ialah menuntut perubahan di dalam sistem pentadbiran kerana tumpuan kuasa kepada pemerintah yang tidak bertanggungjawab.Revolusi ini berlaku dengan satu persamaan, iaitu perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah, sama ada dalam aspek ideologi, agama, politik, sosial atau ekonomi.

Jika dilihat kepada sejarah, Mesir sudah mengalami dua revolusi penting dalam dua episod berbeza – masing-masing pada 1919 dan 1952. Kedua-duanya memaparkan kisah yang lebih kurang serupa, iaitu menentang pemerintahan dan seterusnya membina pemerintahan yang baru. Revolusi 1919 memberikan kemerdekaan kepada Mesir daripada British. Revolusi kedua, yang bermula pada 1952, menjadikan Mesir sebuah negara republik dengan menghapuskan sistem beraja.

Selepas penghapusan sistem beraja dalam revolusi kedua, Mesir mengamalkan sistem republik. Setelah sistem republik ini diamalkan, rakyat masih juga belum berpuas hati kerana pemimpin dikatakan gagal memenuhi kehendak rakyat.

Ini dapat di lihat di dalam senario kehidupan rakyat Mesir yang terpaksa menelan ketidakdilan sosial di bawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Penghapusan kuasa raja tetap gagal membebaskan Mesir daripada ketidakadilan sosial. Pemerintahan sistem republik umpama di Mesir ini saya anggap sebagai satu kegagalan. Ini kerana ‘demokrasi’ yang sebegini masih membuka ruang kepada penumpuan kuasa kepada pemerintah.


Krisis memuncak


Ketika krisis bantahan memuncak, Presiden Mubarak bertindak mengenakan perintah berkurung bagi menyekat perusuh dari terus mengadakan rusuhan di bandar-bandar besar seperti Kaherah, Iskandariah dan Suez.

Satu perkara lain yang menjadi perhatian banyak pihak di dalam perkembangan mutakhir di Mesir ialah penggunaan media baru. Rakyat berhubung melalui internet seperti laman web sosial, terutama Twitter atau Facebook untuk mengumpul pendapat dan menyusun strategi.

Tindakan kerajaan Mesir menyekat akses internet dan laman web sosial ini seolah-olah masih belum mampu membendung rakyat daripada terus membuat rusuhan dengan menjadikan laman sosial ini sebagai penghubung. Semua kita menyedari akan hakikat pengaruh besar laman sosial ini dalam rusuhan di Mesir.

Turut diarahkan untuk menyekat rusuhan adalah pihak polis dan tentera. Namun walau bagaimana sekalipun cubaan untuk menyekat perusuh, semangat inginkan kebebasan dan hak bersuara menggagalkan sekatan pihak polis dan tentera.

Malah, dikatakan juga segelintir pihak polis sudah mula putus asa untuk menyekat rusuhan, malah ada antaranya yang turut menyertai rusuhan. Pihak tentera pula dikatakan telah dari awal lagi menyokong demonstrasi bagi melihat perubahan pada pemerintahan di Mesir. Pihak tentera dikatakan telah diberi pilihan oleh pihak perusuh sama ada untuk memilih Mubarak ataupun Mesir?

Sehingga kini, dikatakan lebih dari 100 orang telah terbunuh semenjak protes bermula dan lebih 200 orang telah tercedera.


Jadi Pengajaran

 Semoga perkembangan di negara lain memberi pengajaran kepada kita yang menetap di negara yang aman, makmur dan sejahtera ini. Ia boleh mengajar kita supaya lebih berhati-hati menjalankan hak, kuasa dan amanah. Ia juga dapat memberikan kita panduan agar peristiwa berdarah seperti ini tidak berlaku di negara kita. Ia semestinya dapat memberikan kita peringatan supaya sentiasa menjaga kemakmuran dan kestabilan negara.

Antara pengajaran yang dapat kita lihat di sini ialah, semua pihak, sama ada pemimpin atau rakyat, mempunyai tanggungjawab masing-masing. Segala tanggungjawab yang terletak di atas bahu setiap kita bukanlah sesuatu yang mudah. Ia adalah amanah dan tidak boleh dikendalikan secara sambil lewa. Ia perlu dilaksana dengan adil dan saksama. Penumpuan kuasa kepada sesiapa saja amat jelas akan mendatangkan keburukan.

Sementara itu perubahan di dalam sistem pentadbiran (perubahan daripada sistem beraja kepada sistem republik) tidak semestinya mendatangkan kebaikan – bahkan ia mungkin lebih mendatangkan keburukan. Ini kerana, apa yang telah dilihat sebagai elok dan baik di luar negara tidak semestinya elok dan baik untuk negara kita.

Selain itu, penggunaan komunikasi moden perlulah dikendali sebaik mungkin. Mekanisme komunikasi ini perlu digunakan dengan penuh tanggungjawab supaya ia tidak menjadi pendorong kepada pertumpahan darah dan kemusnahan.


sumber: berita harian, utusan, mstar, notakosong.com, www.ibnjuferi.org, kosmo

Comments

  1. harapnye ade pembaharuan, da lama mesir buat hal tutup pintu sempadan gaza.. hari ni mgkin Allah nk tunjuk kot...
    harap mesir jadi mcm dlu2... aman damai

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah zaman Islam baru akan bermula selepas Hosni Mubarak diguling kan. Zaman regim Mubarak banyak mungkar telah berlaku. Allah nak hapuskan segala mungkar kerajaan keturunan Rasulullah S.A.W. Semoga ia bertukar menjadi kerajaan Islam yang hebat berpandukan Quran dan Sunnah.

    ReplyDelete
  3. ssh nak ckp mslah di timur tenggah coz mereka ter bahagi kpd syiah n sunni...di dlm syiah pulak terdpt 300 pchn...sunni pun ada byk pecahan...jd bila terlampau byk sgt mazhab yg nak di ikuti bermacam2 mslah jd...hrsnye kembali kpd al quran n sunnah bkn kpd kepentingan peribadi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.