Skip to main content

[Krisis Mesir]- Teori Domino Melanda Asia Barat?

Protes di Tunisia


Dunia Arab kini dilanda kebangkitan rakyat di beberapa negara untuk menentang pemimpin masing-masing umpama teori domino. Bermula dengan Tunisia, kerajaan pimpinan Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan pada 14 Januari lalu.

Ini diikuti dengan rusuhan di Mesir menuntut Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun supaya berundur. Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir menjadi pemangkin kepada beberapa rusuhan di Syria, Yemen dan Jordan.

Di Mesir, tanpa mempedulikan tuntutan rakyat, Mubarak, 82, baru-baru ini hanya mengumumkan pelantikan Omar Suleiman sebagai Naib Presiden dan Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri Mesir.
 

Protes di Mesir

Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri yang baru diumumkan Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut permintaan rakyat.

Protes anti-Mubarak turut diadakan di Kedutaan Mesir di London dan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS). Angka korban akibat demonstrasi jalanan di Mesir dilaporkan mencecah lebih 100 orang kelmarin.

Britain, Perancis dan Jerman meminta Mubarak mengelakkan keganasan berpanjangan dan mendengar rintihan rakyat. Sementara Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton tidak meminta Mubarak berundur tetapi menyifatkan suasana politik dan ekonomi di Mesir sukar dipulihkan.

Banyak negara mula menghantar pesawat khas bagi membawa pulang warga negara mereka dari Mesir. Antara negara yang mengambil tindakan tersebut termasuklah India, Turki dan Azerbaijan.

Sementara AS, Switzerland dan Korea Selatan mengeluarkan amaran perjalanan supaya warga negara mereka meninggalkan Mesir dan mengutamakan keselamatan.

Australia, Britain, China dan Perancis pula mengeluarkan amaran perjalanan supaya warganya tidak mengunjungi Mesir dalam waktu terdekat.

Protes di Yemen
Di Yemen iaitu negara termiskin di semenanjung Arab, rusuhan memaksa Presiden Ali Abdullah Saleh untuk melakukan pemulihan ekonomi segera. Ini termasuk mengurangkan cukai pendapatan sehingga separuh dan mengarahkan kawalan harga ke atas makanan dan barangan keperluan asas.

Beribu-ribu rakyat Yemen mengadakan tunjuk perasaan mendesak Ali meletakkan jawatan setelah memegang kuasa sejak 1978. Mereka yang merusuh turut menyentuh penyingkiran Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali baru-baru ini.

"Memegang kuasa selama lebih 30 tahun sudah cukup," laung penunjuk perasaan dalam demonstrasi anjuran pembangkang Forum Bersama di empat lokasi di Sanaa. Salah satu sepanduk yang dibawa bertulis "Sudah tiba masa untuk perubahan."

Rakyat Yemen turut merungut mengenai kadar kemiskinan yang semakin meningkat di kalangan penduduk yang makin bertambah. Mereka turut kecewa kerana tidak ada hak untuk bersuara dalam politik negara.

Protes di Syria
Sementara di Syria, Presidennya, Bashar Assad menyifatkan demonstasi di Mesir, Tunisia dan Yemen sebagai kebangkitan era baru di Asia Barat di mana pemimpin Arab perlu melakukan reformasi demokrasi.
Assad turut berikrar untuk melakukan reformasi politik di Syria ekoran kebangkitan tunjuk perasaan di Mesir dan Tunisia baru-baru ini.

Menurut laman web Institut Kajian Media Asia Barat, beberapa kumpulan di laman web sosial Facebook mengajak rakyat Syria untuk berdemonstrasi pada 5 Februari bagi menentang rejim kuku besi Assad.

Penganjur Hari Kebangkitan Rasa Marah Syria menuntut peningkatan standard kehidupan, menghormati hak asasi manusia, kebebasan bersuara untuk semua warga Syria dan kuasa yang lebih luas kepada belia Syria.

Assad bagaimanapun menjangkakan beliau tidak akan menghadapi tentangan rakyat sehebat Mubarak kerana beliau tidak mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan AS dan Israel, situasi yang sering mengeruhkan hubungan warga Asia Barat bersama pemimpin mereka.

Protes di Jordan
 Jumaat lalu di Jordan, ribuan orang berarak menghalang jalan-jalan raya menuntut Perdana Menteri Samir Rifai supaya berundur dan langkah tertentu diambil untuk mengatasi kenaikan harga barang dan masalah pengangguran.

Raja Abdullah II cuba mengawal api kemarahan rakyat dengan menjanjikan reformasi sementara Perdana Menteri mengumumkan pakej $550 juta subsidi baru untuk bahan api dan bahan asas makanan seperti beras, gula, ternakan dan gas cecair untuk memasak dan memanaskan kediaman.

Rakyat Asia Barat kini tidak menerima perubahan rejim secara ilusi kononnya untuk meneruskan kestabilan negara. Mereka juga menolak pemimpin boneka AS mahupun Eropah. Apa yang mereka mahukan adalah kerajaan yang berdaulat dan orde baru bagi Asia Barat.

sumber: utusan malaysia

Comments

  1. kesian pelajar malaysia kat mesir tu... harap2 dapatla segera diterbangkan balik...

    ReplyDelete
  2. semoga komplik di sana segera selesai

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.