Skip to main content

[Krisis Mesir]- Kos Hantar Pelajar Malaysia Pulang PERCUMA



Dakwaan kerajaan mengenakan bayaran adalah fitnah. 


Semua kos pindah balik pelajar di Mesir pulang ke tanahair adalah PERCUMA.Para pelajar tidak akan dikenakan satu sen pun bayaran penerbangan dan sebagainya.Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 

Selain itu, kerajaan juga menyediakan tempat tinggal, pengangkutan, cukai lapangan terbang, bayaran visa ke Jeddah serta makan dan minum secara percuma kepada mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah satu fitnah mengatakan bahawa kerajaan mengenakan bayaran kepada pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa ke Jeddah.

"Dalam masa kita memerlukan kerjasama semua pihak, tiba-tiba kita terpaksa fokus untuk menjawab hal fitnah yang tidak sepatutnya. Dalam hal seperti ini, kita perlu saling membantu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Jamil Khir berkata kapal TLDM 'Bunga Mas 5' yang telah tiba di Pelabuhan Kaherah masih belum digunakan kerana penerbangan udara kini mencukupi untuk membawa keluar rakyat Malaysia.

"Kami dah tangguhkan dulu penggunaan kapal. Kita tahu perjalanan kapal laut akan mengambil masa jika dibandingkan dengan penerbangan.

"Berdasarkan mesyuarat terakhir semalam yang kita buat bersama dengan Majlis Keselamatan Negara, Wisma Putra, Kelab Putra 1Malaysia, kita memutuskan bahawa kita mampu menampung dengan tambahan penerbangan yang diberikan MAS, Airasia dan Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Sebanyak lapan penerbangan dijadualkan untuk membawa 3,000 pelajar ke Jeddah hari ini, katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Putra 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata beberapa pesawat AirAsia juga dijangka ditambah untuk mempercepatkan proses pemindahan itu.

sumber: Bernama

Comments

  1. wahhhhhhhhh...untung la mrk...
    smoga slmt smpai...
    =D

    ReplyDelete
  2. @ijam ismail yg penting keselamatan mereka.duit boley dicari kemudian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.