Dicipta oleh Volkswagen, kereta ini mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya 3.78 liter minyak diesel sahaja.
Fakta Ringkas:
- Kereta ini diperkenalkan oleh pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen baru-baru ini di Pertunjukan Kereta Qatar. Kereta ini dikatakan sebagai kereta paling jimat minyak di dunia.
- Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.
- Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.
- Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.
- Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan.
- Ia memiliki kelajuan maksimum 159 kilometer sejam (km/j).
- Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.
- Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: http://www.extravaganzi.com
agak2 ada jual ke kat malaysia?
ReplyDelete@zalizalu xsure la..kete ni mungkin di pasaran dunia by 2013.n since DRB Hicom is the assembler and marketer of kereta2 VW di msia,we might get the chance to see the car on our road here..but the do expect it will cost a bunch!
ReplyDeleteuu mak aii.. cun gile kot.. da cm cite i-robot sikit dah kete de..
ReplyDelete@atieshariffuddin hahah, ni mungkin inspirasi dr cite i-robot lah kot
ReplyDeletehahaha.. kalu kete ni masuk m'sia, harga mesti kaw mahal, sebab nanti puak2 yahudi apno rugi org dah kurang beli minyak.. hahahaha...
ReplyDeletesusah nak wat balik kampung ... asyik sangkut tayar belakang...
ReplyDeletepatut di kembangkan tuh!!
ReplyDeletecocok sekali buat mobil masa depan
ReplyDeletesangat nyaman rupanya
ReplyDelete