Skip to main content

Kereta Paling Jimat Minyak di Dunia



Dicipta oleh Volkswagen, kereta ini mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya 3.78 liter minyak diesel sahaja.

 

Fakta Ringkas:
  • Kereta ini diperkenalkan oleh pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen baru-baru ini di Pertunjukan Kereta Qatar. Kereta ini dikatakan sebagai kereta paling jimat minyak di dunia. 
  • Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.
  • Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.
  • Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.
  • Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan.
  • Ia memiliki kelajuan maksimum 159 kilometer sejam (km/j).
  • Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.
  • Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek.

Lagi gambar-gambar menarik: 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sumber: http://www.extravaganzi.com

Comments

  1. @zalizalu xsure la..kete ni mungkin di pasaran dunia by 2013.n since DRB Hicom is the assembler and marketer of kereta2 VW di msia,we might get the chance to see the car on our road here..but the do expect it will cost a bunch!

    ReplyDelete
  2. uu mak aii.. cun gile kot.. da cm cite i-robot sikit dah kete de..

    ReplyDelete
  3. @atieshariffuddin hahah, ni mungkin inspirasi dr cite i-robot lah kot

    ReplyDelete
  4. hahaha.. kalu kete ni masuk m'sia, harga mesti kaw mahal, sebab nanti puak2 yahudi apno rugi org dah kurang beli minyak.. hahahaha...

    ReplyDelete
  5. susah nak wat balik kampung ... asyik sangkut tayar belakang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.