Encik Billy terkejut la jugak bila adik en Billy kata haram memakan Strepsils sebab ada alkohol. Dia kata lebih baik makan Fisherman's Friend sebab takde alkohol. En Billy terkejut dan tak percaya. Biar betul?
Ya, memang betul! Kalau tengok label kat belakang pek tu memang ada tertulis perkataan alcohol.
So, Encik Billy pun puaslah menjelajah mencari bukti bendahalah Strepsils ni haram dimakan. Dan rumusannya, Strepsils ni hukumnya HARUS dimakan dan tidak berdosa. Sila baca lanjutan artikel ini di bawah jika ingin tahu dengan lebih lanjut.
Ini berdasarkan apa yang saya jumpa. Encik Billy hanya menyampaikan:
1. Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan
Seperti yang diketahui umum bahawa kebanyakan ubat-ubat yang diminum mengandungi alkohol etil dengan kadar yang amat sedikit. Ia bertujuan untuk memelihara ketahanan ubat atau meleburkan sebahagian pati tumbuh-tumbuhan atau bahan-bahan kimia yang tidak tidak lebur dengan air. Ubat-ubatan ini hanya diambil dalam jumlah yang sedikit oleh pesakit dan mengikut preskripsi doktor yang tidak membawa kepada mabuk. Jika ada sesiapa yang hendak meminumnya dengan jumlah yang banyak untuk mabuk maka dia akan mati keracunan sebelum sampai tahap mabuk.
Adapun penggunaan ubat-ubat seperti ini adalah dibenarkan kerana ia telah sebati (istihlak) dengan ubat-ubat sehingga tidak ada bau, warna dan rasa yang asal. Ia dipanggil Teori ‘Istihlak’ yang mana kebanyalan ulama mengatakan halal bagi perkara yang haram dan bernajis jika sudah sebati dengan lebih banyak bahan yang lain.

Jika kandungan alkohol ini tidak tidak termasuk dalam teori ‘Istihlak’ dengan erti kata lain masih ada bau, rasa atau warna yang asal maka pendapat Imam Abu Hanifah dan Abi Yusuf mengatakan halal minuman yang mengandungi bahan yang memabukkan diperbuat selain dari anggur dan kurma dengan tujuan untuk menguatkan tubuh badan dan pengubatan serta tidak memabukkan. Alkohol etil diperbuat daripada bahan kimian, gula atau gas semulajadi.
Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan ke 8 yang dianjurkan Pertubuhan Islam bagi Ilmu Perubatan yang diadakan di Kuwait adalah seperti berikut (sebahagiannya):
“Sesungguhnya tidak ditegah oleh syara' untuk mengambil ubat-ubatan sekarang yang mengandungi alkohol dengan kadar yang amat sedikit dengan bertujuan untuk memelihara atau meleburkan sebahagian bahan-bahan yang tidak lebur dalam dengan 2 syarat:
1. Tidak digunakan alkohol sebagai ubat penenang.
2. Tidak ada alternatif ubat yang lain.”

2. Alkohol Dalam Strepsils
Berikut adalah bahan-bahan yang disenaraikan di belakang pek Strepsils:
- 2.4 Dichorobenzly Alcohol 1.2mg
- Amylmetacresol 06.mg
- Menthol 7.0mg
Ini kerna seandainya sesuatu bahan kimia atau etanol boleh menimbulkan mudarat pada tubuh maka ia tergolong dlm mengabaikan kesihatan diri sendiri, kerana sesungguhnya di dalam Islam dituntut kepada umatnya agar menjaga kesihatan supaya dapat beribadah kepada Allah dengan cara yang lebih selesa. Sekiranya ia lebih kepada menyembuhkan penyakit maka tak salah & dibolehkan adanyer...
Yang diharamkan ialah khamr - sesuatu yang memabukkan. Tidak ada perkataan "alkohol" dalam Quran.
Alkohol yang memabukkan, yang didapati dalam minuman arak, ialah "ethyl alcohol", CH3-CH2-OH.
Secara amnya, sesuatu hydrocarbon yang berakhir dengan -OH adalah alkohol.
Sejenis alkohol yang kita masukkan kedalam makanan ialah cuka, CH3-CH2-CO-OH. Perhatikan penghujungnya juga adalah -OH, menjadikannya sejenis alkohol, tetapi cuka tidak diharamkan kerana ia tidak memabukkan.
Senarai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat strepsil tidak mengandungi ethyl alcohol, dan oleh itu, tidak memabukkan.
3. Dalil-dalil dan Nas-nas Tentang Penggunaan Alkohol
Umum manusia melihat alkohol itu khamar (arak) dan khamar itu alkohol. Yang benar: alkohol ialah bahan2 yg terdapat dalam khamar dan dgn sebabnya ia memabukkan. Dalam khamar ada alkohol dan alkohol yg tulin adalah racun. Alkohol dihasilkan melalui dua cara: fermentasi atau penapaian dan melalui proses industri.
Yang pertama: apakah alkohol itu najis? Ia adalah suci menurut Imam Ridha kerana ia adalah suatu yg tidak dikenali oleh orang sebelumnya.
(Tafsir alManar: 7/58) Ini juga pendapat Prof Dr alQaradawi dlm Fatawa Mua'asirat. Perbahasan ulama' dalam bab najis sebenarnya tertumpu pada khamar bukan alkohol (anNawawi, alMajmoo': 2/516)
Yang kedua: Hukum Lozenge yg mengandungi DCBA
kadar yg dibenarkan oleh piawaian antarabangsa ialah 1.2mg/2.6g lozenge. DCBA adalah ada unsur ubat bagi sakit kerongkong dan juga bertindak sebagai 'preservative' (ubat penahan kepada lozenge supaya tahan lama.
Hukum memakan lozenge yg mengandungi DCBA yg selamat pada kadar 1.2mg/2.6g adalah spt berikut:
Kita kemukakan fatwa-fatwanya:
a. Imam Nawawi (alMajmoo': 9/30) harus hukumnya meminum ubat yg mengandungi sedikit racun jika ia dijamin selamat dan memang diperlukan.
b. Imam Haramain (ibid) jika seseorang merasa tiada sebarang risiko jika memakan racun yg suci, maka ia tidak diharamkan.
c. Imam alGhazali (alIhya': 2/94): Di Qiaskan jika lalat atau semut yg jatuh dalam periuk dan hancur bersama masakan, maka masakan itu halal. Dalam keadaan biasa, haram memakan lalat dan semut.
d. Imam alGhazali (alWajeez: 2/181) Harus hukum menggunakan ubat2an yg ada najis dan adunan yg mengandungi khamar.
e. Imam Ibn Hazm alAndalusi (Mu'jam Fiqh Ibn Hazm adzZahiri: 2/1012): apabila sifat-sifat sesuatu barang yg najis atau haram sudah berubah sifatnya dan namanya sudah berganti dgn nama lain, maka hukumnya menjadi suci dan halal.
f. alQadhi abu Bakar alArabi alMaliki ( Ahkamul Qur:an: 1/59) sesuatu yg haram bia telah diolah atau dibakar hingga berubah bentuk dan sifatnya, maka hukumnya harus dan suci.
g. Muhammad alHasan alkasani (albada'iy: 1.85) h. Imam Ibn Abidin dalam Hasyiah Ibn Abidin ma'a Durril Mukhta: 1/326)
i. Fatawa alHindiyah (Fiqh Hanafi): 1/45
Dan Fatawa dari Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani: alFatawa: 21/501-502) juga membolehkan jika alkohol itu sudah menjadi sebati, hilang sifatnya dan telah menjadi suatu yg lain.

4. Kesimpulan
Hukum memakan lozenge yg mengandungi 1.2mg DCBA adalah harus. Namun dlm pasaran terdapat banyak lagi lozenge yg tidak mengandungi alkohol, maka disyorkan belilah lozenge yg tidak mengandungi alkohol. Bacalah label terlebih dahulu. Ini adalah langkah hadzar (berhati-hati). Wallahualam.
sumber: [http://bincang.net/forum/archive/index.php/t-52217.html], [http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=304&view=previous], [http://blog.re.or.id/hukum-makanan-hasil-peragian.htm], [http://www.lintasberita.us/artikel/hukum+mengkonsumsi+alkohol+dan+obat+obatan+menurut+al+qur%5C%5C%27an+dan+hadits], [http://soaljawab.wordpress.com/2008/05/21/alkohol-dalam-makanan/]
thanks billy! info berguna :)
ReplyDeletethanks billy. info ini sgt berguna buat readers yang tak tahu. =)
ReplyDeletebilly,buatlah info sal alkohol dlm perfume pulak
ReplyDeletethanx.. info ni mmg sgt diperlukan.. kalau ade mase singgah kt blog sy.. nak tnye pendapat pasal cerpen.. hehe..
ReplyDeletemesti bace~ istimewa
@sArAh u welkam..oh en Billy dah baca cerpen tu dan komen juga..jom baca cerpen2 en Billy pulak.. Jom baca cerpen saya
ReplyDelete@miss fatihah insyaAllah akan menyusul kemudian
ReplyDeletecik Natrah & Lalinkfixa: u welkam! semoga bermanfaat
ReplyDeleteyup betul. utk tujuan perubatan xde masalah. alcohol itu xkan haram selagi die tak memudaratkan tubuh badan. =)
ReplyDeletethanks for d infor. mmg kdg kdg org bila dgr alkohol je terus kata haram, padahal tak semestinya. Yang haram ialah yang memabukkan & memudaratkan.
ReplyDelete@NabiLLa NaSir berdasarkan dalil kt atas, utk tujuan perubatan mmg dibenarkan.islam itu fleksibel-dlm keadaan2 tertentu benda yg haram sekalipun boleh menjadi harus dan halal~ wallahualam
ReplyDelete@Mama Kembar 3 yep, betul tu mama..sesetengah2 pendapat rigid sebegitu yg perlu diperbetulkan
ReplyDeletekalau tak sakit, tp saja2 nk kulum strepsils tu boleh tak?
ReplyDeletenice sharing:0
ReplyDeletetrimas ya..bru smlm belikn mak strepsils..takut2 nak kasi mk mkn..
ReplyDeletetqvm 4 sharing....
ReplyDeleteHadis Rasulullah SAW :- Thariq bin Suwaid RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang khamar (arak) dan beliau melarangnya. Lalu Thariq berkata, "Aku hanya menjadikannya campuran untuk ubat." Lalu Nabi Saw berkata lagi, "Itu bukan ubat tetapi penyakit." (HR. Ahmad) Dari hadits di atas, jelaslah bahawa penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan pun DILARANG!
ReplyDeleteyANG MENJADI PERSOALAN BUKAN ALCOHOL..TAPI LOGO HALAL..STREPSIL XDE LOGO HALAL LA..CMANE TU
ReplyDeleteAwas penyesatan! Luar biasa Anda membodoh-bodohi.
ReplyDeletemaksih gan infonya, sangt bermangfaat sekalih.
ReplyDelete