Skip to main content

Bergembiralah di Hari Valentine!!


Dalam masa beberapa jam saja lagi, genaplah tarikh keramat 14 Februari, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh para kekasih yang gelap dan pendek akal untuk menzahirkan rasa kasih sayang mereka di atas rasa cinta palsu yang bersemi.

Maka bergembiralah para jantan-jantan haruan berstatus bapak kucing dengan perempuan-perempuan sundal yang tandus kasih sayang, atau mungkin wajar encik Billy gelarkan mereka ini sebagai betina gersang? Gersang kerana mengharapkan 'basahan' titisan daripada telaga air hangat si bapak kucing. Air hangat apa? Fikir-fikir sendiri lah..


Maka bergembiralah juga para pemilik kedai ubat kerana barang yang dijual mereka laku macam pisang goreng panas sehingga pelik bila melihat rak berlabel 'kondom' kosong sama sekali!

Bilik-bilik hotel tak kira mahal atau murah turut habis ditempah. Maka bergembiralah para pengusaha hotel kerana bisnes mereka masyuk sekali!

Tak mustahil pula kondom-kondom yang dibeli itu expired dan tiba-tiba bocor. Oh, mencurah-curah lah air hangat itu! Dan tidak lama kemudian, berkatalah si betina gersang itu sambil mengusap-usap perutnya, "wahai bapak kucing, inilah produk Valentine's Day kita!" Maka bergembiralah mereka..?

9 bulan kemudian..."Mayat Bayi Lelaki di Jumpai di Kedai Ubat"- Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia. Motip buang baby kat kedai ubat? Oh, bergembiralah mereka kerana telah membunuh satu nyawa yang tak berdosa!


Renungan:

Sungguh menyedihkan melihat anak muda Islam beria-ria menyambutnya penuh bangga, malah sentiasa menunggunya setiap tahun. Budaya menyambut Hari Kekasih di negara ini boleh dikatakan meluas apabila masih ramai pasangan kekasih menggunakannya untuk ‘menzahirkan’ rasa cinta hingga terlanjur dan paling teruk menghasilkan benih anak luar nikah.

Rasulullah SAW pernah berpesan yang bermaksud: “Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, ia termasuk bersama golongan itu."

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan: “Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. Namun jika kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan.”

Ingatlah firman Allah dalam Surah Faathir, ayat 8 yang bermaksud: “Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik.”

Sama-samalah kita mencegah perbuatan menyambut Hari Kekasih bagi mengelak maksiat yang mengundang perzinaan yang dikhuatiri menambah bilangan anak luar nikah yang akhirnya mengundang jenayah lain seperti pembuangan bayi. Baca fakta paling menyedihkan di sini.






p/s: bergembiralah di hari 'Valentine's Day' :p


 

Comments

  1. salam..wahai insan2 semua terutama anak2 muda yg mabuk bercinta...sedarlah bangkitlah...v.day bukan tuk kita yang bergelar islam....Billy izinkan ibu share artikel ni...

    ReplyDelete
  2. @khairunnisa ♥ ya, sy berseru pd semua jgnlah menyambutnya :)

    ReplyDelete
  3. sinis sekali kata2 en Billy:

    'bergembiralah di hari Valentine'

    i loike :)

    ReplyDelete
  4. malangnya ramai lagi yg buta luarsana meroyan sambut valentine.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya valentine ni bukan hanya terbatas kepada pasangan kekasih sahaja. Ia juga boleh diraikan bersama keluarga dan sahabat2 tersayang. Hari ni hari utk menunjukkan kasih sayang... Bukan hari untuk melalkukan maksiat... Sorry kalo ramai tak suka komen yer.... ^^,

    ReplyDelete
  6. katakan tidak! pada valentine
    we ♥ maulidurrasul kan...:)

    ReplyDelete
  7. setuju dgn artikel ni. mudah nak paham..senang cerita, tak yah la nk sambut valentine ni..

    tak setuju dgn komen LennMommaChubby, mengapa hanya pd hari valentine sj nk tunjuk kasih syg? hr2 lain? pendapat aku, kalu satu benda tu dh mghampirkan kita pd maksiat, hukumnya da boleh jd haram.

    dont be so bitter, peringatan itu suatu yg indah

    ReplyDelete
  8. @LennMommaChubby tak setuju ngn LennMommaChubby..baik berhati2 sebab boleh jd jatuh hukum syirik pulak...


    klu ikutkan, Islam tak penah larang kalau kita nak ikut apa2 yg org bukan Islam buat, dgn syarat tak betentangan dgn Islam dan x memudaratkan…cth mcm sambut New Year, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Pekerja….. tp kalau dah cara sambutannya penuh maksiat, benda yg elok pun jd haram

    Nak raikan cinta tak salah… but please get your fact right about V-day…

    kebanyakkan paderi2 Kristian dan ahli2 sejarah besetuju, St Valentine BUKAN diingati sebab usahanya mempertahankan cinta antara manusia…. TAPI….. kecintaannya terhadap KRISTIAN!!

    So, korang nak ke sambut hari yg memperingati Paderi yg sgt CINTAkan Kristian? Tak rasa boleh jatuh hukum syirik? So, logic tak pengharamannya bg umat Islam?

    Baik sambut Maulidur Rasul, hari memperingati (wpun patut hari2 kita ingat) KEKASIH Allah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang sangat CINTAKAN Allah, CINTAKAN Islam dan CINTAKAN umatnya.

    ReplyDelete
  9. Bukan org2 muslim ka yang slalu masuk berita utama 2 buang bayi.. semuanya di semenanjung... hahha... tiap2 hari kasih syg konon tp tiap2 hari buang bayi...
    bukan sy ckp tp berita yg tunjukan di muka utama akhbar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.