Skip to main content

Akhirnya, Hosni Mubarak Tunduk Juga



Tahniah buat rakyat Mesir kerana dengan semangat perjuangan mereka yang hebat itu akhirnya telah berjaya menggulingkan Hosni Mubarak. Semoga dengan ini akan menjadi titik perubahan dalam kehidupan rakyat Mesir yang telah ditindas selama ini.


Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.
 

Mubarak Lari Bersama Keluarga


Hosni dan keluarganya dikatakan menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah. Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut. Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu. Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.


Rakyat Mesir, Tunisa dan Palestin Berpesta


Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Orang ramai melaungkan ‘Allahu akbar’ sejurus selepas Naib Presiden, Omar Suleiman mengumumkan peletakan jawatan Mubarak pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia) serta penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

Presiden itu akhirnya tunduk kepada desakan rakyat selepas satu perhimpunan disertai lebih sejuta rakyat dilancarkan hari ini, setelah penunjuk perasaan berang dengan kenyataan Mubarak yang enggan berundur dalam satu kenyataannya malam tadi.


Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan menzahirkan rasa gembira mereka dengan membunyikan hon dan mengibarkan bendera sebagai tanda kemenangan selepas lebih dua minggu melancarkan protes.

Peletakan jawatan itu turut disambut gembira anggota tentera yang bertugas mengawal keselamatan di jalan-jalan apabila sebahagian daripada mereka dilihat menanggalkan uniform bagi bersama-sama menyertai penunjuk perasaan.

 


Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.

Manakala di Palestin juga berita perletakan jawatan itu turut disambut gembira oleh rakyat Palestin dan memberikan harapan untuk sempadan Palestin-Mesir dibuka semula setelah Mubarak menutupnya sekian lama.

sumber: berita harian, utusan, kosmo, mstar

Comments

  1. pas ni mesti dpt ancaman bunuh pula..
    lamanya ia mmerintahkan..

    ReplyDelete
  2. semoga perubahan yang mereka inginkan adalah yang lebih baik..jangan lebih teruk dari ini sudaaa...macam kes saddam hussein...gembira sakan bila saddam jatuh..tapi bila da US masuk n amik alih lain lak jadi..

    kadang2 perubahan yang kita nak x semestinya akan jadi lebih baik

    ReplyDelete
  3. @toyolkiut mungkin la...dats why dia nk larikan diri..myb nt hidup dlm buangan, merempat kt negara org

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.