Skip to main content

Snippets (9)- 22 Fakta Menarik Anugerah Juara Lagu



  • 1. Datuk Ahmad Merican, (ketika itu Pengurus Rancangan TV3) merupakan perintis kepada program Muzik-Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad 2 Mac 1986, pukul 8.30 malam. 
  • 2. Pada peringkat awal penganjuran Juara Lagu sehingga tahun 1991, orang awam diberi mandat memilih calon lagu menerusi akhbar harian tempatan untuk mengundi lagu yang layak menjadi juara bulanan yang layak ke peringkat akhir.
  • 3. Antara lokasi kemuncak AJL ialah Dewan San Choo di Wisma MCA, Kuala Lumpur Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas 2 dan Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC dan Stadium Putra, Bukit Jalil.
  • 4. Personaliti-personaliti popular yang pernah menjadi pengacara AJL ialah Abas Bakar, Karim Muhammad, Noor Kumalasari, Charmaine Augustine, Aznil Nawawi, Fauziah Ahmad Daud, Melissa Saila, Sarimah Ibrahim, Aidiel Abu Ghaffar, N.D. Lala, Shamsul Ghau Ghau, Anne Hamid dan Ary Malik. 
  •  5. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu diubah sepenuhnya apabila buat pertama kalinya, TV3 memperkenalkan format pembahagian lagu mengikut kategori iaitu Irama Malaysia, Pop Kreatif dan Rock.
  • 6. Pengenalan kategori kali pertama ini menyaksikan lagu Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Yang Remeh Temeh (Pak Pandir) dan Di Alam Fana Cinta (Fotograf) menjadi pemenang pertama menerusi kategori Pop Kreatif, Irama Malaysia dan Rock.
  • 7. Kemudian pada tahun 1993, Pop Kreatif dan Rock ditukar kepada Balada dan Pop Rock
  • 8. M..Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud pada tahun 1997, Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Andalusia (1999).
  • 9. Aubrey Suwito menjadi komposer bukan Melayu pertama yang memenangi AJL pada tahun 2006 menerusi lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor.
  • 10. Empat buah kumpulan yang pernah memenangi AJL ialah Search (1989), Mega (1991), Spider (2005) dan Estranged 2008).
  • 11. Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam AJL selain memenangi AJL sebanyak dua kali iaitu menerusi lagu Menaruh Harapan (1987) dan Cinta Beralih Arah (1995).
  • 12. Penyanyi bersuara mantap, Aishah merupakan penyanyi pertama yang memenangi AJL lebih daripada sekali iaitu pada tahun 1990 menerusi lagu Janji Manismu dan lima tahun berikutnya, untuk lagu Cinta Beralih Arah.
  • 13. Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza mengikut jejak langkah Aishah apabila berjaya menjuarai AJL sebanyak tiga kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998) dan Balqis (2000). 
 
  • 14. Siti Nurhaliza juga menjadi artis yang paling kerap layak ke AJL bermula dari tahun 1996 sehingga 2008. Bilangan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah paling banyak iaitu sebanyak 18 buah lagu.
  • 15. Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila memenangi Persembahan Terbaik sebanyak lima kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Aku Cinta Padamu (1997), Ya Maulai (2001), Nirmala (2002) dan Ku Milikmu (2004).
  • 16. Anugerah Persembahan Terbaik pertama kali dimenangi oleh kumpulan Alleycats menerusi lagu Sampaikan Salam Cintaku pada tahun 1996.
  • 17. Lagu Sinaran ciptaan Azlan Abu Hassan yang dinyanyikan oleh Sheila Majid terkandas di peringkat separuh akhir pada tahun 1987. Sejak daripada itu, lagu dendangan Sheila Majid tidak lagi dicalonkan untuk AJL.
  • 18. Anugerah Vokal Terbaik yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2002 menyaksikan penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim memenanginya menerusi lagu Gelisah Mimpi. Misha Omar pula menangi anugerah tersebut sebanyak dua kali berturut-turut menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan pada tahun 2003 dan 2004.
  • 19. Artis bukan Melayu yang berjaya ke peringkat akhir AJL ialah Alleycats pada tahun 1986 dan 1987), Ben Nathan (1988), Francesca Peter (1986, 1987, 1988), Vince (2004), Jaclyn Victor (2005 dan 2008) dan Stacy (2009).
  • 20. Hanya tiga saja penyanyi veteran yang pernah menyertai AJL iaitu Allahyarham Rosiah Chik, Datuk M. Daud Kilau dan Aspalela Abdullah. l Penyanyi Indonesia, Endang S. Taurina merupakan satu-satunya penyanyi luar negara yang pernah bertanding di AJL menerusi lagu Sangkar Emas pada tahun 1991.
  • 21. AJL juga tidak terlepas daripada penyanyi gantian yang menggantikan penyanyi asal lagu yang dipertandingkan. Mereka yang dimaksudkan adalah:
            1) 1986 - Perjalananku (Nyanyian asal: Jamal Abdillah dan telah digantikan
                            oleh Azman Abu Hassan)
            2) 1986 - Cinta Yang Terbiar (Nyanyian asal: Jamal Abdillah dan telah
                            digantikan oleh Rohana Jalil)
            3) 1987 - Angan-Angan (Nyanyian asal: Raja Ema dan telah digantikan oleh
                            kumpulan Skyfire)
            4) 1994 - Bukan Aku Tak Cinta (Nyanyian asal: Kumpulan Iklim dan telah
                            digantikan oleh Adilla)
            5) 1995 - Kau dan Aku (Nyanyian asal: Ning Baizura dan telah digantikan
                            oleh kumpulan KOOL)
            6) 1995 - Cinta Dangdut (Nyanyian asal: Ayati Tasrip dan telah digantikan
                            oleh Mazleena)
            7) 2008 - Izinku Pergi (Nyanyian asal: Kaer Azami dan telah digantikan oleh
                            Sahri)

  •  22. Mulai 2009, format AJL telah kembali ke format asal, iaitu tanpa kategori menyaksikan lagu yang dinyanyikan oleh Aizat diiktiraf sebagai Juala Lagu

sumber: utusan Malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.