Tuesday, August 31, 2010

5 Billionaire Muda Terkaya di Dunia 2010

1.Prince Albert von Thurn und Taxis

 

      Net worth: $2.1 billion Age: 25

 

 

Pertama kali muncul di dalam senarai World's Billionaires pada usia 8 tahun, tapi secara rasmi mewarisi kekayaan pada Jun 2001, pada hari ulang tahunnya yang ke-18. Mendapat pendidikan sekolah tinggi di Rome dan kemudiannya belajar ekonomi dan teologi di Universiti Edinburgh di Scotland. Aset meliputi real estate, seni, sebuah syarikat teknologi dan 30000 hektar hutan di Jerman. 

 

2.Sergey Brin

 

     Net worth: $12 billion Age: 35

 

 

Syarikat enjin carian Google terus mendominasi perniagaan carian walaupun menghadapi tentangan kuat. Saham syarikat turun 30% dalam 12 bulan terakhir, mengecil $6.7 billion dari imbangan data peribadi. Merupakan anak seorang Profesor yang berpindah dari Rusia dan bertemu dengan seorang rakan, Larry Page dalam ilmu komputer Ph.D di Stanford University. Mereka berdua memutuskan untuk menamatkan pengajian pada tahun 1998 untuk memulakan Google dari garas seorang teman. Penjualan: $ 21,8 bilion. Net margin: 19%.

 


Ilusi Optik 3: Subhanallah!


Seorang kawan send gambar kalimah Allah ini kepada saya melalui laman sosial Tagged. Dan saya yakin dia juga mendapat gambar ini daripada orang lain. Kredit to the real owner.

Menariknya gambar ini ialah anda bermain dengan ilusi pandangan mata anda. Kena cuba baru tahu...

Monday, August 30, 2010

MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro

Reaksi pertama aku setelah membaca berita ini adalah; apa reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad? Bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebelum ini begitu lantang mengkritik keputusan Proton yang turut menjual syarikat MV Agusta pada harga satu euro.


Di ROM - Syarikat pengeluar motosikal terkenal dunia, Harley-Davidson menjual syarikat motosikal berkuasa tinggi MV Agusta yang pernah dibeli oleh syarikat Proton dari Malaysia pada harga satu euro (RM4.01), lapor majalah dalam talian, Motorcycle.com.

 Lagi berita sambungan:

Bilik Hotel Dikelilingi Ikan


MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan.

Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.

Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan.

sumber: kosmo

Sunday, August 29, 2010

Indoor Beach di Jepun

Ini adalah antara gambar indoor beach yang terdapat di Jepun.




Di Malaysia juga banyak pantai buatan seperti ini contohnya di Port Dickson, Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun tetapi dibuat di ruang terbuka, bukan di ruang tertutup seperti di Jepun ini.

Lagi gambar-gambar menarik:
.

Saturday, August 28, 2010

Marion Counter akan Kahwin dengan SM Nasarudin


 Hari ni baca paper Utusan, keluarlah berita seperti tajuk dekat atas tue. Mereka akan berkahwin pada Disember ni. Mungkin akan jadi wedding of the year tahun 2010 kot.

Pastinya ramai jejaka-jejaka haus dekat luar sana hanya mampu menggigit bibir melihat Marion Counter yang hot ini sudah menjadi milik orang.

Pastinya juga ada gadis-gadis gersang di luar sana yang menggigit jari sampai putus melihatkan jejaka idaman mereka yang seperti novel-novel melayu (kaya+hensem+ceo syarikat besar) sudah dikebas orang.

Lagi info dan gambar2 menarik:

Botol Wine Terbesar di Dunia



Besar gila botol wine ni! Kan?
 .
Tetapi mengikut sumber artikel ini (dari arenaphoto.blogspot), rasa wine ini kurang sedap kerana saiz botol yang besar akan menghasilkan rasa wain yang berlainan berbanding botol yang kecik. Betulke?

Fakta Ringkas:
  • Tarikh pembuatan : tahun 2006
  • Memerlukan kos sebanyak 3600 euro dan sebuah gudang pembuatan wine yang besar
  • Saiz botol : 18 liter, bandingkan dengan saiz botol biasa yg hanya 750ml
  • Dilelong pada harga antara 3600-4800 euro

Lagi Gambar-Gambar:

Friday, August 27, 2010

Snippets (2)- 20 Fakta Menarik Hari Ini


1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi  adalah A.D (Anno Domini)

 2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja


3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’

Thursday, August 26, 2010

Buah Lychee Mengandungi Lemak Khinzir

 Copy paste dari laman blogger lain. Sekadar menyampaikan info..
.
KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
.
Lagi Info:

Unreal Pictures which are Real

Gambar-gambar benar yang dirakam tanpa menggunakan sebarang teknik kamera ataupun photo editing...percaya atau tidak?





Lagi gambar-gambar menarik....:

Burung Hantu Dengan Kepala Terbalik


Bukan leher patah tetapi seekor burung hantu di AS gemar berpura-pura menterbalikkan kepalanya, lapor sebuah akhbar di sana.


Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado.

Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur. Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya.

sumber: kosmo
......

Wednesday, August 25, 2010

Malaysia ke-37 senarai Negara Terbaik Dunia


Majalah antarabangsa Newsweek meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera serta maju.

Majalah Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik yang menjurus kepada kesejahteraan negara.

Fakta Ringkas:
  • Kategori pendidikan : tempat ke-36 dengan markah 86.43%
  • Kategori kesihatan : tempat ke-52 dengan markah 71.02%
  • Kategori kualiti kehidupan : tempat ke-48, markah 69.28%
  • Kualiti daya saing ekonomi : tempat ke-14, markah 61.93%
  • Kategori persekitaran politik : tempat ke 54, markah 59.80%
  • Kedudukan keseluruhan adalah di tempat ke-37 dengan markah 69.69%
 Lagi info menarik:

Tuesday, August 24, 2010

Majlis Berbuka Puasa Terbesar di Dunia


Sebuah daerah di Istanbul dilaporkan mencatat rekod dunia dengan menganjurkan satu majlis iftar atau berbuka puasa besar-besaran yang dihadiri sekurang-kurangnya 40,000 orang.

Fakta ringkas:
  • Tempat berlangsung : Esenler, Istanbul Turki di Atisalani Aveneu
  • Rekod : tiga baris meja berbuka sepanjang 10 kilometer
  • Kehadiran : 40 ribu orang
  • Hidangan :  10 tan beras, lapan tan daging, 1,500 dulang kuih muih, 100,000 botol air dan 45,000 cawan ayran iaitu sejenis minuman tempatan berasaskan dadih selain jus buah-buahan.

Lagi gambar-gambar menarik:

Tikus Gergasi Ditemui di Dalam Rumah

Tikus yang ditangkap
 
Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm). Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Lagi gambar-gambar tikus ini....

Taip 26 Perkataan dalam Masa 25 saat

Seorang wanita Britain, Melissa Thompson, 27, memecahkan rekod dunia apabila dia berjaya menaip mesej yang mengandungi 26 patah perkataan dalam tempoh 25 saat, lapor sebuah akhbar di Britain.

Catatan itu adalah 9.6 saat lebih pantas berbanding rekod yang pernah dicatatkan sebelum ini. Namun, rekod itu masih diteliti sebelum disahkan oleh pihak Guinness

Monday, August 23, 2010

Bila Orang Kaya Meninggal

Beginilah jadinya bila seorang yang kaya (di Amerika Selatan) meninggal dunia. Semua benda yang melambangkan kekayaannya kalu boleh nak dibawa masuk ke dalam kubur.


Sunday, August 22, 2010

Kolam Renang berisi 100000 Liter Cola


Tak tahulah apa faedahnya mereka-mereka ini semua melakukan kerja gila seperti ini. Tetapi inilah kenyataannya. Sebuah kolam renang di California, Amerika Syarikat dimuatkan dengan air coke sehingga penuh. Kemudian kolam itu digunakan untuk bermandi-manda!


Ramadan Di Seluruh Dunia


Palestin

Afghanistan
Kashmir, India
Bosnia
Indonesia

Lagi Gambar-gambar menarik, klik di bawah

Saturday, August 21, 2010

9 Nama-Nama Terpanjang di Dunia

1. Nama Orang Terpanjang

Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown

Nama yang mempunyai 27 perkataan ini adalah milik seorang lelaki di UK. Namanya diambil dari 25 nama petinju terkenal dari seluruh dunia.

Baki 2 nama lagi adalah nama depan dan nama keluarga. Agak-agaknya di Malaysia, siapa yang mempunyai nama terpanjang ya?


2. Nama Kampung Terpanjang

Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch


Snippets (1)

Fakta-fakta dari Internet:


  • Manusia boleh merasa gula dalam cecair jika nisbah gula 1 dalam 200 bahagian air. Tetapi rama-rama melakukannya 1 dalam 300 000.

  • Menurut Institute of Development Studies di Susses, United Kingdom, menjelang 2020 lebih 8.5 juta penduduk Dunia Ketiga (termasuk Malaysia) akan mati kerana rokok.

  • Mereka yang tidur berdengkur menghadapi risiko diserang angin ahmar. Dengkuran menyebabkan kandungan oksigen

Friday, August 20, 2010

Epal Merah Dari Iran

Anda mungkin pernah memakan epal berwarna merah tetapi pernahkah anda melihat epal yang isinya juga berwarna merah? Inilah istimewanya epal merah dari Iran yang baru-baru ini telah diekspot ke UK.



Fakta:
  • Asal : Bakran, sebuah kampung yang terletak di wilayah Semnan, 70km dari Shahroud Iran
  • Merupakan tanaman tradisi penduduk kawasan perkampungan itu, berusia lebih dari 150 tahun.
  • Tinggi anti-oksida
  • Dieksport ke UK mulai 2010

Coklat Bar Terpanjang (Sedap2 !)



Sebuah pekan kecil, Rivarolo, tidak jauh dari Turin Itali, berjaya mencipta rekod dan mendapatkan Guinness World of Records untuk coklat bar terpanjang di dunia.

Fakta:
  • Panjang - 11.57 meter
  • Rekod sebelum - 6.98 meter
  • Pemegang rekod - A. Giordano(seorang pembuat coklat) bersama pasukannya
  • Mendapat penajaan oleh sebuah pusat perbelanjaan Rivarolo

Thursday, August 19, 2010

Ilusi Optik 2: Pandang Saya

Cuba tenung mata saya. Cuba tenung lama-lama. Boleh ke idak?

Wednesday, August 18, 2010

Kapal Udara Terbesar di Dunia


Fakta:
  • Panjang - 71.62 meter
  • Diameter - 19.18 meter
  • Syarikat - E-Green Tecnologies, berpangkalan di US
  • Harga - AS$7.8 juta (RM25.7 juta)
  • Dibina menggunakan sejenis bahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi
  • Dibekalkan dengan 7 beg berisi gas helium
  • Bergerak pada kelajuan 56 km sejam.

Bot Macam Ikan Jerung


Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS), Rob Innes memasarkan bot mirip ikan jerung putih dengan harga sekitar AS$93,476 (RM295,153).

Dinamakan Seabreacher X, bot itu meluncur laju di permukaan air, berpusing dan melompat setinggi beberapa meter. Ia bukanlah sebuah kapal selam.

Tuesday, August 17, 2010

20 Kelab Bola Sepak Terkaya di Dunia 2010

Berdasarkan senarai Forbes, berikut adalah top 20 richest football club pada 2010:

1. Manchester United - $1.84 billion (RM5.89 billion)













2. Real Madrid - $1.32 billion ( RM 4.22 billion)












3. Arsenal - $1.18 billion ( RM3.78 billion)













4. Barcelo
na - $1 billion (RM 3.2 billion)












Senarai Hotel di Kuala Lumpur yang Mendapat Pengesahan Halal

1. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- BANQUET KITCHEN

2.
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR-PASTRY KITCHEN

3. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN)

4.
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR- BUTCHER ROOM

5. BRISDALE INTERNATIONAL HOTEL- RESTORAN SITI KHADIJAH

6. CRYSTAL CROWN HOTEL- CROWN CAFE @ CRYSTAL CROWN HOTEL

7.
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR- ASEANA COFFEE HOUSE (LEVEL 1)

8.
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR- BANQUET KITCHEN (LEVEL 4)

9.
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR- PASTRY KITCHEN

10.
FALCON POINT (CITRUS HOTEL KL) -CITRUS HOTEL MAIN KITCHEN

11. GRAND SEASONS HOTEL-CHINESE BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR

12. GRAND SEASONS HOTEL- O'LAS KITCHEN - WESTERN, LOCAL COLD, PANTRY @ B1 FLOOR.

13. GRAND SEASONS HOTEL- PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR

14. GRAND SEASONS HOTEL- INDIAN FOOD KITCHEN @ 1ST FLOOR

15. GRAND SEASONS HOTEL- LOCAL KITCHEN @ B1

16.
GRAND SEASONS HOTEL- PASTRY KITCHEN @ GROUND FLOOR

17.
GRAND SEASONS HOTEL- INDIAN FOOD KITCHEN @ B1

18.
GRAND SEASONS HOTEL- CHINESE / BANQUET KITCHEN @ 2ND FLOOR

19.
GRAND SEASONS HOTEL- WESTERN KITCHEN @ B1

20.
KLI HOTEL MANAGEMENT- TOPPOT CAFE

Monday, August 16, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan


Sekadar berkongsi. Artikel adalah ihsan dan milik
www.zaharuddin.net.

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.


5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)


10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Produk Kecantikan/ Kesihatan yang Memudarat

Bagi anda yang obses kepada kecantikan, awas dengan kehadiran produk-produk berikut di pasaran. Produk-produk ini telah disenarai hitamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.







Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Malaysia

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

Sunday, August 15, 2010

Cara Membuat Dadih


Ramadhan ke-3 hari tu, saya berpeluang belajar membuat dadih melalui resepi yang diperoleh daripada internet. Disebabkan berpuasa, saya tidak merasa dadih yang dimasak terlebih dahulu sehinggalah waktu berbuka. Rupa-rupanya dadih yang saya masak itu kurang manis dan sedikit tawar. Tapi tak kisah sangat kan...kata orang, kurangkan manis pada masakan, lebihkan manis pada senyuman...hihihi....

Berikut adalah resepi yang saya gunakan.

Bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 1 liter susu segar
  • 1 cawan gula
  • 11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
  • secubit garam
  • perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara

  1. masak air dgn gula sampai gula hancur.
  2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.
  4. Lepastu, bolehlah makan!
=> perisa yg saya buat hari itu- perisa asli, ros, oren dan anggur. tapi yang paling sedap adalah perisa ros dan asli.

Saya telah mencubanya....anda bila lagi?

Saturday, August 14, 2010

Pisang Berbuah 1000 Biji

Pokok pisang ini tumbuh di sebuah pulau di Indonesia dan mampu menghasilkan kira-kira 1000 biji pisang setandan.


Tinggi/panjang tandan pisang ini mencapai sehingga 1.7 meter.




sumber: arenaphoto.blogspot

Wednesday, August 11, 2010

Lelaki Miliki Buah Dada Terbesar

Pertama-tama sekali, ini bukan entri lucah. Gambar-gambar yang dipaparkan di sini juga bukanlah gambar lucah...harap maklum!


Seorang lelaki di Beijing dikatakan mempunyai buah dada terbesar dan terberat di dunia. Namun, buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.

Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.

Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.

Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.

Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia, satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. - Agensi

sumber gambar: metro.co.uk

Bermain Luncur Air Bersama Binatang Alpaca


Seekor binatang bernama Alpaca (macam hanjing, macam unta pun ada jugak) menarik perhatian orang ramai di sebuah pantai di Lima, Peru baru-baru ini.

Binatang itu dilihat sedang bermain luncur air bersama tuannya dan dilihat seperti peluncur yang benar-benar mahir.

Related Posts with Thumbnails