Skip to main content

Sejarah Bunga Api Bermula Kira-Kira 2000 Tahun Lalu


Perayaan tahun baru, Happy New Year seringkali sinonim dengan pertunjukan bunga api. Malah acara ini merupakan klimaks yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Seolah tak lengkap sambutan ini tanpa bunga api. Dan malam ini, seluruh dunia bakal dimandikan oleh percikan bunga api!


Tapi tak ramai antara kita yang tahu sejarah bunga api. Care to know? Apa kata jika anda punya masa, jom kita baca artikel di bawah ini. Sekurang-kurangnya bertambah juga ilmu pengetahuan anda.

Sejarah Bunga Api:
  • Bunga Api berasal dari China sekitar 2,000 tahun yang lalu. Legenda yang paling terkenal mengatakan bahawa Bunga Api dijumpai atau ditemui oleh seorang tukang masak China yang secara tidak sengaja mencampurkan arang, belerang(sulphur) dan garam (semua barang umum yg ditemui di dapur pada hari ini). Campuran ini kemudiannya dipanaskan di atas api dan dikeringkan untuk memberikan serbuk pipih hitam yang menghasilkan bunyi 'bang' kuat ketika dihidupkan. Bahan mentah ini kini dikenali sebagai gun powder. 
  • Orang China menamakan serbuk hitam ini sebagai "huo yao" ("Chemical Fire") . Campuran ini dimasukkan ke dalam rongga kayu buluh dan ketika dinyalakan oleh api, gas yang dihasilkan oleh pembakaran serbuk akan menghasilkan satu tekanan besar yg kemudiannya memuntahkan percikan api ke udara. Maka bunga api terhasil.
 

  • Umumnya Marco Polo diberi pengiktirafan sebagai orang pertama yang membawa  gunpowder China ke Eropah walaupun terdapat beberapa kredit lain yg mengatakan bahawa Tentera Salib terlebih dahulu membawa serbuk hitam ke Eropah ketika mereka kembali dari perjalanan mereka. Setelah berada di Eropah, serbuk hitam digunakan untuk kepentingan ketenteraan, pertama di roket, kemudian di perundangan dan senjata.
  • Orang Itali adalah orang Eropah pertama yang menggunakan serbuk hitam untuk menghasilkan bunga api. Pengktirafan bagi menjadikan Bunga Api sebagai sebuah bentuk seni yang sebenar harus diberikan kepada mereka. Merekalah yang pertama kali mencipta bentuk aerial shell yang dilancarkan ke atas dan meletup di udara dengan pelbagai warna.
  • Sebelum abad ke-19,  warna yang dapat dihasilkan hanyalah kuning dan oren dengan menggunakan baja dan arang. Kemudian bila bahan Chlorate ditemui, ia menghasilkan warna merah dan hijau. Warna biru dan ungu tidak pernah dihasilkan sehinggalah abad ini dan usaha bagi membentuk bunga api berwarna hijau deep forest green masih diteruskan sehingga hari ini.


sumber: http://andfunforall.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.