Skip to main content

Pengganti Paul Sotong Ajaib Didedahkan

Pengganti Paul baru berusia 5 bulan

Setelah riwayat Paul berakhir kira-kira seminggu yang lalu (klik sini untuk baca), kini pengganti kepada sotong ajaib itu telah diremui dan didedahkan semalam di Jerman.

Hidupan laut yang baru berusia lima bulan dan diberi nama sama, Paul itu telah berada di tangki baru di akuarium Sea Life di Oberhausen, semalam.

Paul baru yang membuat penampilan pertama sejak dua bulan dikuarantin itu, diambil berdekatan dengan Montpellier, tenggara Perancis dan seberat 300 gram.


Paul sebenar telah membuat ramalan tepat terhadap lapan perlawanan di Piala Dunia dan telah mati minggu lalu.

Namun begitu, masih belum pasti bahawa pengganti Paul ini akan turut terjebak dalam aktiviti meramal.


sumber: http://latimesblogs.latimes.com

Comments

  1. betul kah Paul ni sudah mati? adakah ia sebagai propaganda. Adakah pihak akuarium memindahannya ke tempat lain setelah mengambil kira ancaman kepada Paul lebih teruk daripada pengunjung yang datang untuk melihat Paul?

    ReplyDelete
  2. bksempoi: propaganda yg bagaimana agaknya tu?

    ReplyDelete
  3. gembar gembur mengatakan Paul telah mati walhal mungkin ada muslihat... Paul dipindahkan ke tempat lain setelah pihak akuarium menerima ancaman lebih besar dan teruk daripada menerima ramai kunjungan untuk melihat Paul. Mungkin akan ada unsur sabotaj yg ingin meracunkan seluruh akuarium...tak tau lah.

    So, atas ancaman tersebut, lebih baik pihak akuarium pindah Paul ke tempat lain da umumkan ia telah mati...

    (Ini atas firasat sendiri tanpa rujukan dari mana-mana sumber.. maaf jika perkara ini tidak benar..)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.