Skip to main content

Penemuan Luar Biasa di Lembah Amazon



Burung Nuri berkepala botak antara penemuan baru di Lembah Amazon

ADALAH sesuatu yang menakjubkan apabila World Wildlife Fund mengumumkan semalam (Selasa, 26 Okt) bahawa dari tahun 1999 hingga 2009, secara purata, satu spesis tumbuhan atau binatang yang belum pernah diketahui oleh dunia luar ditemui di Lembah Amazon setiap tiga hari.

Labah-labah dengan taring berwarna biru berkilauan pertama kali ditemui para penyelidik.
Laporan rasmi yang dikeluarkan WWF itu yang diberi nama "Amazon Alive: A Decade of Discoveries 1999-2009" dengan jelas menunjukkan kehebatan kepelbagaian kehidupan di Lembah Amazon.
Ikan Apistogramma baenschi juga antara spesis baru yang ditemui di lembah Amazon.
Ketua projek tersebut, Francisco Ruiz berkata dalam satu kenyataan, secara rasminya WWF telah menemui dan mencatatkan 637 spesis tumbuhan baru, 257 spesis ikan yang belum pernah diketahui kewujudannya, 216 amfibia, 55 reptilia baru, 16 spesis baru burung dan 39 spesis mamalia.

Spesis baru Katak Ranitomeya amazonica mengeluarkan warna kemerah-merahan yang sangat terang di bahagian kepalanya.

Antara spesis yang baru ditemui termasuklah burung nuri berkepala botak dan berwarna oren, spesis baru ular sawa gergasi Anaconda sepanjang kereta limosin dan spesis katak berkepala terang yang sangat beracun.

Anaconda Eunectes beniensis merupakan spesis baru Anaconda yang pertama ditemui dalam tempoh 60 tahun di Amazon

Anaconda yang ditemui itu adalah spesis baru yang pertama ditemui dalam tempoh 60 tahun.

Ini adalah spesis baru ikan lumba-lumba air tawar yang berwarna merah jambu yang ditemui di Lembah Amazon

Mereka turut menemui spesis ikan lumba-lumba baru berwarna merah jambu di Lembah Amazon.

Anaconda boliviana (Eunectes beniensis)spesis terbaru Anaconda yang ditemui para penyelidik

Laporan itu juga menyebut dua jenis ular paling berbisa di dunia turut dikenalpasti mendiami Lembah Amazon, lebih dua dozen katak beracun dan yang paling menakjubkan ialah penemuan ikan keli gergasi seberat 70 pound yang memakan monyet sebagai dietnya.

Katak Nymphargus wileyi salah satu spesis baru katak Lembah Amazon.

WWF kini sedang melobi di peringkat antarabangsa bagaimana hendak melindungi lembah berharga ini daripada pencerobohan manusia dan pembangunan dan yang paling ditakuti ialah pembalakan.



Cicak Anolis cuscoensis juga salah satu spesis baru cicak yang berjaya ditemui.    
Menurut statistik WWF, 17% wilayah dalam Lembah Amazon telah dimusnahkan sama ada untuk aktiviti pembalakan atau peladangan.

sumber: http://mstar.com.my oleh

Comments

  1. ni entri yg paling aku suke sbb aku zoologist!!!!!!!!! seyes besh kan bile tau pasai ni....btw dorg ade buat kajian spesis ni byk ditemui selepas byk kejadian bencana alam....

    mungkin ni salah satu petanda kiamat sudah hampir!

    ReplyDelete
  2. nadey: waa..ko ni zoologist ke, patutla ko cm expert semacam. bagus2, ley kongsi2 ilmu kt sini..huhu!

    ReplyDelete
  3. Blog ini dapat meluaskan pengetahuan kita . Saya suka baca info di sini.Tahniah... teruskan

    ReplyDelete
  4. Terribly well written post...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.