|
Burung Nuri berkepala botak antara penemuan baru di Lembah Amazon |
ADALAH sesuatu yang menakjubkan apabila World Wildlife Fund mengumumkan semalam (Selasa, 26 Okt) bahawa dari tahun 1999 hingga 2009, secara purata, satu spesis tumbuhan atau binatang yang belum pernah diketahui oleh dunia luar ditemui di Lembah Amazon setiap tiga hari.
|
Labah-labah dengan taring berwarna biru berkilauan pertama kali ditemui para penyelidik. |
Laporan rasmi yang dikeluarkan WWF itu yang diberi nama "Amazon Alive: A Decade of Discoveries 1999-2009" dengan jelas menunjukkan kehebatan kepelbagaian kehidupan di Lembah Amazon.
|
Ikan Apistogramma baenschi juga antara spesis baru yang ditemui di lembah Amazon. |
Ketua projek tersebut, Francisco Ruiz berkata dalam satu kenyataan, secara rasminya WWF telah menemui dan mencatatkan 637 spesis tumbuhan baru, 257 spesis ikan yang belum pernah diketahui kewujudannya, 216 amfibia, 55 reptilia baru, 16 spesis baru burung dan 39 spesis mamalia.
|
Spesis baru Katak Ranitomeya amazonica mengeluarkan warna kemerah-merahan yang sangat terang di bahagian kepalanya.
|
Antara spesis yang baru ditemui termasuklah burung nuri berkepala botak dan berwarna oren, spesis baru ular sawa gergasi Anaconda sepanjang kereta limosin dan spesis katak berkepala terang yang sangat beracun.
|
Anaconda Eunectes beniensis merupakan spesis baru Anaconda yang pertama ditemui dalam tempoh 60 tahun di Amazon
|
Anaconda yang ditemui itu adalah spesis baru yang pertama ditemui dalam tempoh 60 tahun.
|
Ini adalah spesis baru ikan lumba-lumba air tawar yang berwarna merah jambu yang ditemui di Lembah Amazon
|
Mereka turut menemui spesis ikan lumba-lumba baru berwarna merah jambu di Lembah Amazon.
|
Anaconda boliviana (Eunectes beniensis)spesis terbaru Anaconda yang ditemui para penyelidik |
Laporan itu juga menyebut dua jenis ular paling berbisa di dunia turut dikenalpasti mendiami Lembah Amazon, lebih dua dozen katak beracun dan yang paling menakjubkan ialah penemuan ikan keli gergasi seberat 70 pound yang memakan monyet sebagai dietnya.
|
Katak Nymphargus wileyi salah satu spesis baru katak Lembah Amazon. |
WWF kini sedang melobi di peringkat antarabangsa bagaimana hendak melindungi lembah berharga ini daripada pencerobohan manusia dan pembangunan dan yang paling ditakuti ialah pembalakan.
|
Cicak Anolis cuscoensis juga salah satu spesis baru cicak yang berjaya ditemui. | | | | | |
Menurut statistik WWF, 17% wilayah dalam Lembah Amazon telah dimusnahkan sama ada untuk aktiviti pembalakan atau peladangan.
sumber: http://mstar.com.my oleh ROZAID A. RAHMAN
ni entri yg paling aku suke sbb aku zoologist!!!!!!!!! seyes besh kan bile tau pasai ni....btw dorg ade buat kajian spesis ni byk ditemui selepas byk kejadian bencana alam....
ReplyDeletemungkin ni salah satu petanda kiamat sudah hampir!
nadey: waa..ko ni zoologist ke, patutla ko cm expert semacam. bagus2, ley kongsi2 ilmu kt sini..huhu!
ReplyDeleteBlog ini dapat meluaskan pengetahuan kita . Saya suka baca info di sini.Tahniah... teruskan
ReplyDeleteTerribly well written post...
ReplyDelete