NAMA Munni Begum mungkin tidak sehebat selebriti dunia yang popular. Namun, ia bukanlah halangan baginya untuk sekurang-kurangnya menarik perhatian ramai, khususnya kalangan umat Islam.
Apa tidaknya, nenek 52 cucu dan 96 cicit ini bakal menggapai impiannya bergelar hajah pada usia 120 tahun dan mungkin juga bergelar jemaah haji tertua musim ini.
Andai ada yang mempertikaikannya, pasport warga Rajasthan, India, yang jelas mempamerkan tarikh lahirnya pada 14 Ogos 1890, boleh menjadi bukti.
Yang pasti, apa dialami nenek bertubuh kecil tapi cekal dan penuh bersemangat ini membuktikan setiap kesabaran itu ada hikmahnya.
Malah, sewaktu dibawa anak-anaknya ke Pejabat Jawatankuasa Haji di Jaipur, Sabtu lalu, Munni yang kemas mengenakan pakaian serba putih, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menunggu kehadirannya.
Dengan tangan melambai, wanita yang berkaca mata tebal ini, mengakui lega kerana impian selama hayatnya untuk menjadi tetamu Allah SWT, bakal terlaksana.
Katanya, impian itu disemai sejak berusia awal belasan tahun iaitu selepas berkahwin iaitu penantian selama kira-kira 105 tahun!
“Sejak remaja lagi saya memasang niat untuk ke Makkah. Siapa sangka, walaupun sebegini lewat, impian itu hampir dicapai.
“Allah Maha Agung dan Dia menunaikan impian saya...saya boleh mati secara aman kerana hasrat saya akan termakbul.
“Tiada apa yang saya mahu dan fikirkan kecuali dapat menatap Kaabah,” katanya dalam nada suara bergetar-getar.
Perasaan gembira yang membuak itu menyebabkan Munni tidak menganggap urusan remeh mengisi dokumen sebagai memenatkan. Kehadirannya itu bagi memenuhi prosedur berikutan pemilihannya mengisi kuota khas yang dibenarkan.
Malah, lapor media tempatan, pihak berkuasa Haji Arab Saudi sudah dimaklumkan mengenai kehadiran Munni Begum dan melakukan persiapan sewajarnya.
“Saya sudah menunggu terlalu lama bagi detik ini. Insya-Allah, hanya beberapa hari lagi saya akan ke sana,” katanya yang ditemani beberapa anggota keluarganya.
Suami Munni, Abdul Khan yang juga petani, mati kira-kira 35 tahun lalu. Selain dikelilingi 150 anggota keluarga, anak sulungnya, Imamuddin Khan juga berusia 80 tahun manakala yang kedua berusia 75 tahun. Dua anak lelaki dan perempuannya pula sudah meninggal dunia.
Selain mungkin bergelar jemaah haji tertua pada musim ini, Munni turut melakar nama sebagai warga tertua India menunaikan ibadat suci berkenaan.
Apa yang menarik, catatan ‘tertua’ seakan sinonim dengan wilayah Rajasthan berikutan beberapa rekod jemaah tertua yang dipegangnya.
Pada 2007 misalnya, seorang wanita berusia 108 tahun dari wilayah itu menunaikan haji.
Namun rekod jemaah paling tua dari India dipegang Habib Miyan, pesara dan pemain seruling pancaragam Maharaja Jaipur yang ke Tanah Suci pada 2004 ketika berusia 134 tahun.
Malah, semua perbelanjaannya mengerjakan haji itu ditanggung umat Islam yang sudi menderma bagi memastikannya bergelar haji. Habib menjadi perhatian antarabangsa selepas menikmati pencen lebih 65 tahun selepas bersara pada 1938.
Biarpun dokumen seperti surat beranak sesuatu yang asing pada masa dulu, rekod bank membuktikan kesahihan usianya iaitu beliau dilahirkan pada 1878 dan menghembuskan nafasnya ketika berusia 138 tahun pada 2008.
sumber: Berita Harian

rezki manusia...semoga nenny munni selamat menunaikn haji
ReplyDeletewoa. .bestnyer pegi haji. .harap2 kite dapat menunaikan haji suatu hari nanti. ! =)
ReplyDeleteInsya-Allah kalau ada rezeki dan kesihatan tubuh badan, saya akan menunaikan fardhu haji buat kali kedua nanti... :) Rindu sgt nak pegi sana lagi... :')
ReplyDeletesubhanalloh sungguh gigih nenek ini dalam kondisinya yang sudah tua renta
ReplyDelete