Hanya kerana populariti artis-artis dari Korea Selatan semakin memuncak dan menular di seluruh asia, majoriti kumpulan pop Korea wanita kini secara tidak langsung telah menjadi ikon dalam bidang fesyen terutama sekali di kalangan gadis-gadis muda.
Hal ini terbukti apabila fesyen seluar pendek yang sering digayakan kebanyakan artis-artis ini turut menjadi ikutan di kalangan peminat mereka.
Bagaimanapun, kerajaan Thailand secara rasminya telah mengumumkan serta memberi amaran kepada semua rakyat jelatanya agar tidak berpakaian seluar pendek seperti artis wanita dari Korea Selatan ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat pada pagi Selasa yang lalu iaitu pada 5 Oktober 2010 menerusi saluran berita MBC.
Dalam laporan TV itu, wakil kerajaan Thailand mengingatkan kebanyakan anak remaja perempuan supaya tidak terpengaruh dengan fesyen seluar pendek ini yang digelar stail Korea ini.
Apa yang menarik, larangan ini dibuat berikutan pakaian ini boleh menyebabkan meningkatnya penyakit demam denggi yang kronik di Thailand.
Apa yang menarik, larangan ini dibuat berikutan pakaian ini boleh menyebabkan meningkatnya penyakit demam denggi yang kronik di Thailand.
"Remaja yang memakai seluar pendek ini mudah digigit nyamuk aedes. Mereka perlulah memakai seluar panjang," ujar Menteri Kesihatan Thailand, Anutarasak.
Kenyataan ini turut dibuat berdasarkan laporan pesakit denggi di Thailand yang sudah mencecah 90, 000 orang pada tahun ini.
Kenyataan ini turut dibuat berdasarkan laporan pesakit denggi di Thailand yang sudah mencecah 90, 000 orang pada tahun ini.
sumber: http://www.murai.com.my
hoho...klu kt malaysia pe plak alasan nk bg knpe xbleh pkai sluar pendek cmni, selain tuk menutup aurat???pk2 dan renungkn~~hehehe
ReplyDeletehoho... bgus laa klau kt malaysia wat mcm nihh jgk... kata negara islam kan...ngee
ReplyDeletemmg moleklah kalu seluar2 begini diharamkan di negara ini. kan?
ReplyDeletehaha..di malaysia demam cacar akan menular xD
ReplyDeleteterpulang la nak pakai ape pun...janji yg pakai suar pendek cmtu bkn org muslim...
ReplyDeleteyou are paboo people cause you humble...i love Malaysian but I hate Their People..
ReplyDeletethank,