Mungkin ada yang tahu, tapi rasa-rasanya lebih ramai yang tak tahu perbezaan di antara ketiga-tiga bendahalah ini. So, bagi yang belum tahu, jom bersama kita tambah ilmu pengetahuan...hee~
Mentega
Mentega berasal dari lemak haiwan. Mentega yang dibuat dari lemak haiwan biasanya mengandungi lebih banyak lemak tepu/saturated fats(66%) berbanding lemak tak tepu/unsaturated fats(34%). Lemak tepu ini biasanya mempunyai hubungkait dengan tingginya kadar kolesterol dalam tubuh. Mentega biasanya mengandungi vitamin A, D, protein dan karbohidrat.
Margerin
Margerin berasal lemak tumbuh-tumbuhan. Ia dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang mengandungi jumlah monounsaturated – dan polyunsaturated fats yang lebih banyak dibandingkan dengan saturated fats(13-15 % saturated dan 85-87 % unsaturated fats). Polyunsaturated fat mempunyai kadar kolestrol yang rendah dan baik untuk tubuh badan. Biasanya margerin diperkaya dengan vitamin A dan vitamin B.
Butter
Butter berasal dari cream (susu). Kebiasaannya, kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Kerana bahan dasarnya cream, maka bila disimpan lama di suhu bilik atau pada suhu yang lebih tinggi, ia akan cair.
Sedikit Tips Kesihatan
Ahli nutrisi mengklasifikasikan semua jenis lemak baik dari margerin, mentega mahupun minyak tumbuhan sebagai produk berkalori tinggi. Oleh sebab itu, dianjurkan kepada kita agar meminimumkan penggunaan lemak-lemak ini dalam diet pemakanan sehari-hari. Baik mentega, margarin dan minyak, 100% tenaganya berasal dari lemak (1 gram fat menghasilkan ca. 9 kalori)). Beberapa syarikat pembuat margerin dan butter juga ada yang memodifikasi produk mereka sehingga tercipta produk yang agak ‘rendah kalori.
waaa..sedupnye mkn roti sapu butter,,nyam nyam
ReplyDeletethnkss fr sharing :)
ReplyDeletesedap2 mkn pagi
ReplyDelete