Skip to main content

Perbezaan Di Antara Mentega, Margerin dan Butter

Mungkin ada yang tahu, tapi  rasa-rasanya lebih ramai yang tak tahu perbezaan di antara ketiga-tiga bendahalah ini. So, bagi yang belum tahu, jom bersama kita tambah ilmu pengetahuan...hee~


Mentega

Mentega berasal dari lemak haiwan. Mentega yang dibuat dari lemak haiwan biasanya mengandungi lebih banyak lemak tepu/saturated fats(66%) berbanding lemak tak tepu/unsaturated fats(34%). Lemak tepu ini biasanya mempunyai hubungkait dengan tingginya kadar kolesterol dalam tubuh. Mentega biasanya mengandungi vitamin A, D, protein dan karbohidrat.


Margerin

Planta
Margerin berasal lemak tumbuh-tumbuhan. Ia dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang mengandungi  jumlah monounsaturated – dan polyunsaturated fats yang lebih banyak dibandingkan dengan saturated fats(13-15 % saturated dan 85-87 % unsaturated fats). Polyunsaturated fat mempunyai kadar kolestrol yang rendah dan baik untuk tubuh badan. Biasanya margerin diperkaya dengan vitamin A dan vitamin B.



Butter
Butter berasal dari cream (susu). Kebiasaannya, kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Kerana bahan dasarnya cream, maka bila disimpan lama di suhu bilik atau pada suhu yang lebih tinggi, ia    akan cair.


Sedikit Tips Kesihatan

Ahli nutrisi mengklasifikasikan semua jenis lemak baik dari margerin, mentega mahupun minyak tumbuhan  sebagai produk berkalori tinggi. Oleh sebab itu, dianjurkan kepada kita agar meminimumkan penggunaan lemak-lemak ini dalam diet pemakanan sehari-hari. Baik mentega, margarin dan minyak, 100% tenaganya berasal dari lemak (1 gram fat menghasilkan ca. 9 kalori)). Beberapa syarikat pembuat margerin dan butter juga ada yang memodifikasi produk  mereka sehingga tercipta produk yang agak ‘rendah kalori.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.