Skip to main content

Malaysia Negara Paling Sosial di Dunia Siber

 

Orang Amerika mungkin telah mencipta Facebook, Tagged, myspace dan pelbagai lagi, tetapi bila bercakap mengenai social networking, orang Malaysia sebenarnya yang paling hebat.

Dan sekarang kita juga telah mempunyai laman social network tersendiri iaitu myfriends2u.com yang dicipta oleh anak tempatan. Juga jangan dilupa friendster.com yang telah dibeli oleh syarikat Malaysia.

Fakta ringkas:
  • Malaysia diiktiraf sebagai negara paling sosial di dunia siber dengan setiap rakyat Malaysia secara purata mempunyai 233 rakan web sosial dan menghabiskan purata 9 jam sehari untuk berinteraksi.
  • Ia diikuti oleh Brazil dengan 231 dan Norway dengan 217 rakan web sosial.
  • Paling sedikit adalah Jepun iaitu hanya 29 orang.
  • Kajian ini dilakukan oleh firma penyelidikan TNS yang mewawancara 50,000 pengguna di 46 negara. 
 Baca selanjutnya di sini:





LONDON: Rakyat Malaysia yang menggunakan rangkaian web sosial untuk berinteraksi mempunyai kawan paling ramai manakala warga Jepun paling sedikit, menurut tinjauan besar-besaran yang menilai peri laku online di seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendapati, 61 peratus pengguna memilih teknologi digital mengatasi saluran media lain untuk komunikasi termasuk televisyen, radio dan akhbar.

Hasilnya, secara purata, warga Malaysia mempunyai 233 rakan web sosial diikuti rapat Brazil dengan 231 dan Norway, 217. Ini amat berbeza dengan Jepun yang hanya mencatat 29 dan China, 68.

“Keputusan itu menunjukkan kewujudan budaya menekankan kepada kawan yang kurang tetapi lebih rapat,” kata Ketua Pegawai Pembangunan TNS, Matthew Froggatt.

Selain memiliki rakan paling ramai, pengguna internet di Malaysia juga paling lama berinteraksi menggunakan laman sosial iaitu sembilan jam setiap minggu, diikuti dengan Russia (8.1 jam) dan Turki, 7.7 jam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kajian itu mendapati, pengguna juga lebih banyak menggunakan laman sosial daripada emel, sebahagiannya berpunca daripada peningkatan akses teknologi telefon bimbit.
Majalah Time mengemukakan soalan sama ada seseorang yang sosial di alam siber juga mesra di alam nyata.

Di Amerika, satu pertiga pengguna online menjangka dapat mengakses rangkaian sosial menggunakan telefon bimbit dalam tempoh 12 bulan lagi. – Agensi


sumber: http://newsfeed.time.com dan http://www.bharian.com.my

Comments

  1. terbaek ah malaysia..
    terbaek dari semua sudut.. termasuk masalah sosial.. hehe..

    ReplyDelete
  2. yup masalah sosial pun terbaik jugak,lari dari rumah, buang bayi dan mcm2 lg...itu pun rekod jugak

    ReplyDelete
  3. tengok laa sape punye ?
    eh eh , sape punye negara ? hehee (:

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.