Skip to main content

Tangkap 4 Juta Nyamuk Sebulan

Manusia memang gila dan berlumba-lumba untuk mencipta rekod. Tak kisahlah apa rekod sekalipun, asalkan nama mereka sudah tercatat sebagai pemegang rekod sudah cukup untuk menimbulkan rasa bangga. Apatah lagi ganjarannya adalah berbentuk wang tunai.

Seperti ang dipetik daripada TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan Taiwan berjaya mencipta rekod dunia sebagai penangkap nyamuk terbanyak iaitu empat juta nyamuk dalam sebulan. Perempuan itu memperoleh hadiah berupa wang tunai bernilai 1900 poundsterling.


Huang Yuyen, dari daerah Yunlin di Taiwan selatan (lihat gambar), mengalahkan 72 saingannya dalam pertandingan menangkap nyamuk yang diselenggarakan Imbictus International, perusahaan pembuat perangkap serangga. Telegraph, Isnin (2/8/2010), melaporkan, total berat nyamuk yang ditangkap mencapai 1.5 kilogram. Jumlah yang dicapai Huang itu lebih banyak dua kali ganda daripada yang hasil tangkapan saingan terdekatnya.

Imbictus International telah mengirimkan permohonan ke Guinness World Records untuk meminta agar prestasi Huang diakui sebagai rekod dunia.

Nyamuk menjadi bahaya utama kesihatan masyarakat Taiwan, terutama sebagai pembawa malaria sehingga tahun 1965 sebelum nyamuk malaria dibasmi di pulau itu. Namun sampai saat ini nyamuk masih berbahaya, terutama dalam penyebaran demam berdarah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.