Skip to main content

Bisa Ular Boleh Rawat Penyakit?


Seorang doktor homeopati Afghanistan, Mohammad Sherzad menjadi tumpuan pada setiap hari kerana beliau merawat penyakit sawan dan vitiligo atau penyakit yang menyebabkan terdapat tompokan putih pada kulit dengan menggunakan bisa ular dan kala jengking.

Lebih 1,800 pesakit sudah berdaftar dengan klinik lelaki itu di rumahnya di Charakar, wilayah Parwan walaupun perlu membayar yuran sebanyak AS$10 (RM31) dan kos tambahan untuk pelbagai ubat lain.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana penyakit itu berjaya dirawat di Afghanistan," kata Mohammad yang tidak pernah belajar di sekolah perubatan.

Dia mencampurkan bisa ular dan kala jengking dengan beberapa herba semulajadi sebelum dijadikan ubat.

Seorang ibu, Nazira, 34, menangis kegembiraan apabila anak perempuannya, Kaswar, berusia sembilan tahun semakin sembuh daripada penyakit vitiligo setelah 10 pakar gagal menyembuhkan penyakitnya itu.

Turut gembira ialah seorang lagi ibu Sharifa Ahamdi yang mendapati penyakit sawan anak lelakinya berumur 11 tahun semakin pulih selepas menemui doktor tersebut.

sumber: AP & Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.