Pasti ramai di luar sana para rakyat Malaysia yang gemar menonton sinetron-sinetron khas dari Indonesia. Tidak terkecuali saya, bila ada kelapangan saya akan menonton sinetron tersebut yang sedang melambak di kaca telivisyen negara kita.
Antara judul yang menjadi kegemaran saya ialah Tasbih Cinta, Cinta dan Anugerah, Alisa, Bawang Putih Bawang Merah, dan beberapa judul lagi yang saya sudah tidak ingat tajuknya.
Namun percaya atau tidak, kesemua cerita yang saya bariskan di atas sebenarnya sama sahaja jalan ceritanya? Maksud saya, pusing sana, pusing sini, jalan ceritanya sama sahaja temanya. Antara yang boleh saya simpulkan adalah seperti di bawah:
- Biasanya bercerita tentang cinta yang tidak direstui orang tua kerana perbezaan status sosial
- Watak utama perempuan biasanya digambarkan sebagai miskin, baik tetapi sering teraniaya.
- Watak antagonis perempuan biasanya lebih cantik daripada watak utama perempuan, dan tersangatlah jahat.
- Watak lelaki biasanya kaya raya dan kacak gilak!
- Alur cerita terlalu berlebih lebihan, dendam yang tiada berkesudahan
- Berlegar pada kisah perebutan warisan dan tertukar anak
- Banyak scene yang tidak logik. Kadang-kadang terfikir juga, adakah orang yang terlalu bodoh dalam dunia ini sehingga merelakan dirinya dianiaya oleh orang lain?
- Make-up berlebihan. Bayangkan scene di mana seorang perempuan sedang sembahyang pun memakai lipstik merah, pipi merah dan eyeshadow tebal.
- Interframe yg terlalu lama. Cuba bayangkan ya, scene di mana satu berita yg mengejutkan disampaikan dan pd secene itu ada 10 orang watak. Kamera akan memfokus pada mimik muka kesemua watak seorang demi seorang untuk memaparkan mimik terkejut. Bayangkan interframe yg terlalu lama itu!
- Selalu saja ada cerita yang anti-klimaks. Maksudnya, ketika cerita itu sudah seperti hampir tamat, tiba-tiba shj muncul masalah baru yg lebih rumit.
sangat2 setuju. dah naik nyampah dah ni.
ReplyDeletesemua cerita yg anda sebut di atas, semua nya saya anti.
saya pulak...nak kata anti, tak anti sgt...kdg2 best jugak layan..walaupun da stereotaip
ReplyDeletesaye mmg xsuka layan sinetron indon ni...suma yg dicakapkan tu, saye setuju...
ReplyDeletebetul, dan tersangatlah betul.. sampai nyampah nak tunggu cerita tu abes..
ReplyDeleteha.. betol3! (gaya upin ipin)
ReplyDeletei hate sinetron
ReplyDeletebenci sinetron
ReplyDeletemeluat ngam sinetron... sama jerrr
ReplyDeletetau xpe...
ReplyDeleteciter indon kalau tgok kompom skit ato giler...mcm la wtk pompuan terlmpau baik hngga x boleh prthnkn diri..
kn bengong namanya..
same2 sgt lahj x minat,buang mse je tgk
ReplyDelete