Saturday, July 24, 2010

iPad Versi Termurah Di Dunia

Ini adalah gambar prototaip komputer skrin sesentuh mirip iPad yg diperkenalkan di India semalam.


Antara ciri-ciri komputer ini:
  • Termurah di dunia: berharga AS$35(RM112.12). Harga disasar untuk dikurangkan sehingga AS$10(RM32.04)
  • papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya
  • Mempunyai pelayar internet, wifi, dan kemudahan persidangan video (webcam)
  • PDF reader
  • Linux OS
  • Fleksibel- komponen baru boleh ditambah mengikut keperluan pengguna

Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India memang terkenal dengan pembangunan barangan berteknologi tinggi tetapi berharga murah, demi memenuhi keperluan penduduknya yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Sebelum ini, sebuah kereta termurah di dunia, Tata Nano dijual pada harga minimum RM 6000.

Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. gilo..murah tuuu ! berkualiti ke ?

    ReplyDelete
  2. tak tahulah berkualiti ke x...
    benda ni masih prototaip lagi
    belum lagi buat mass production,
    yg pasti berkualiti ke x...kalau harga murah, mmg rmai yg akan beli...konfem! hhaha

    ReplyDelete
  3. kalau betul tu harga dier ... aku beli !

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails